Thursday, September 11, 2008

AHAD, ISNIN, SELASA, RABU, KHAMIS, JUMAAT, SABTU...

cuba check apa yang berlaku disebalik hari2 tersebut...

Jumaat
Hari Jumat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan.

Sabtu
Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.

Ahad
Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya.

Isnin
Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga, kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya.

Selasa
Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.

Rabu
Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan, kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir'aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum 'Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh, juga di binasakan oleh Allah pada hari Rabu.

Khamis
Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.

ha.. setiap hari ada tragedinya sendiri.. so.. chek la bila kita lahir, bila kita boleh buat business, bila bila dan bila

1 comments:

Anonymous said...

tak ingat lak hari ape aku lahir..yang aku tahu hari ni aku malas..dan rasa2 nya hari2 aku memang ada tempias kemalasan..

kesimpulan: hari-hari=hari malas...

hahahaha...